Muka Depan  
  Perutusan  
  Objektif  
  Visi dan Misi  
  Informasi  
  Hubungi Kami  
  Pautan  
  Apa Kata Mereka  

  Informasi  
     
  Tabung Warisan Anak Selangor  
  Skim Mesra Usia Emas  
  Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)  
  Bekalan Air Percuma bagi 20m  
  Hadiah Anak Masuk IPT  
  Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang  
  Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian  

   
   
   

   
   
  Portal Rasmi Kerajaan
Negeri Selangor
 
     
   
  Merakyatkan Informasi Selangor  

  Skuad MES Kunjungi Pasar Malam  
  07/05/2010  
     
 

 
     
 
Skuad MES Kunjungi Pasar Malam
psrmlm1.jpg

‘Skuad MES’ kini mempergiatkan usaha untuk memberi maklumat dan menyampaikan manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada orang ramai hingga ke akar umbi, dengan mengunjungi pasar-pasar malam yang ada di Selangor...

psrmlm2.jpg
Pengunjung ingin mendapatkan maklumat
Orang ramai khususnya rakyat Selangor berhak mengetahui hasil sumber kekayaan negeri yang diperoleh Kerajaan Negeri seterusnya dikongsi bersama semua lapisan masyarakat. Menyedari hal itu, ‘Skuad MES’ kini mempergiatkan usaha untuk memberi maklumat dan menyampaikan manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada orang ramai hingga ke akar umbi, dengan mengunjungi pasar-pasar malam yang ada di Selangor.
Pasar malam merupakan tempat tumpuan umum di mana, semua bangsa tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, perbezaan fahaman politik dan sebagainya bersama-sama mengunjungi pasar malam bagi memenuhi keperluan harian mereka.
Kunjungan ‘Skuad MES’ ini juga membuka peluang kepada ahli-ahli peniaga pasar malam untuk mendapat maklumat berkenaan dengan program MES di mana saban hari mereka sibuk mencari rezeki dan maklumat berkenaan dengan MES tidak diperolehi.
psrmlm4.jpg
Mendapatkan penerangan berkenaan dengan MES
Di sini, merupakan peluang bagi memperkenalkan agenda yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyatnya bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan berhubung dasar yang diperkenalkan termasuk program yang dilancarkan seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Anak Masuk Universiti lain-lain lagi.
Melalui mekanisme yang diperkenalkan ini mampu menyampaikan maklumat dengan mudah dan telus bukan sahaja di kawasan kampung malah di kawasan bandar.
Inisiatif ‘Skuad MES’ mengunjungi pasar malam, rakyat negeri ini berpeluang mendapat maklumat mengenai Kerajaan Negeri termasuk program yang dianjurkan dengan lebih mudah secara tidak langsung mengeratkan silaturahim.
Ianya juga merupakan satu platform bagi mendekati masyarakat dan dapat mengetahui masalah yang dihadapi masyarakat . Dengan penubuhan skuad itu adalah satu medium untuk mewujudkan gelombang kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan manfaat dari mendaftar dengan MES.
psrmlm3.jpg
Ibu bapa mendapatkan maklumat berkenaan dengan Hadiah Pengajian IPT
psrmlm5.jpg

Daftar...bapa ingin mendaftar anak dengan TAWAS...

psrmlm6.jpg

Warga emas...layak memohon skim SMUE...