Aduan MES

Senarai MES

Baca e-Risalah

Arkib e-risalah klik sini

Hadiah Anak Masuk Universiti

img5



Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.



Kemaskini terakhir: 18 Jun 2014

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN:

1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon Tidak Lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun.

3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai sesi Julai 2008 sahaja.

4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja*.

5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

6. Pemohon masih belajar dan dalam tempoh pengajian.

7. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon berjumlah RM3,000 ke bawah sahaja.

Nota:
*Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan/ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI/ KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.

PROSEDUR PERMOHONAN:

1. Permohonan Hadiah Pengajian IPT Kerajaan Negeri Selangor (HPIPT) boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi Sistem Permohonan HPIPT: http://hpipt.selangor.gov.my.

2. Pemohon dikehendaki membaca dan mematuhi syarat-syarat kelayakan permohonan sebelum membuat sebarang permohonan.

3. Pemohon boleh muat turun Manual Panduan Permohonan (Online) menerusi laman web tersebut sebagai rujukan.

4. Pemohon boleh membuat Semakan Status Permohonan pada laman web tersebut dengan memasukkan No. Kad Pengenalan Pemohon.

5. Permohonan yang telah lengkap beserta lampiran dokumen hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.,
40503 Shah Alam.



PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN:

1. Permohonan secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

2. Pemohon perlu (klik)] pada pautan Daftar di dalam sistem berkenaan sekiranya ingin membuat sebarang permohonan ataupun (klik) pada pautan Semak untuk mengetahui status permohonan.

3. Pemohon juga perlu melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam sistem berkenaan.

4. Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak (print) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

5. Borang Permohonan yang telah disempurnakan mengikut langkah 4 di atas hendaklah disertakan bersama lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan.

6. Setiap salinan lampiran dokumen hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Profesional).

7. Surat Perakuan Pendapatan (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) hendaklah diperakukan oleh ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung SAHAJA*.

Nota:
*Perakuan dan pengesahan oleh selain pihak-pihak yang dinyatakan di atas tidak akan dipertimbangkan.


SENARAI LAMPIRAN DOKUMEN PERMOHONAN:

Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan bersama lampiran dokumen seperti berikut:

i. Sijil Kelahiran
• Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;

ii. Kad Pengenalan
• Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
• Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa Pemohon;
• Salinan Sijil Kematian sekiranya telah Meninggal Dunia; dan
• Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya berkaitan;

iii. Surat Pengesahan Mastautin
• Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja);

(i) Pemohon
(ii) Ibu
(iii) Bapa

iv. Surat Tawaran
• Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;

v. Sijil Berhenti Sekolah
• Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah dan Menengah);

vi. Pendapatan
• Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji Ibu dan Bapa/ Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/ Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) dengan pengesahan ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung; atau
Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/ Penjaga pemohon (jika pesara Kerajaan);

PROSEDUR PEMBAYARAN:

1. Hanya permohonan yang MENEPATI SYARAT dan didapati LENGKAP sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.

2. Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dibayar melalui cek atas nama pemohon.

3. Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.

4. Untuk semakan status pembayaran, sila layari laman web Sistem Permohonan HPIPT; http://hpipt.selangor.gov.my.


PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT:

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5544 7484 / 03-5521 2306
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659
URL : http://hpipt.selangor.gov.my


Share |

 

Berita Terkini - Hadiah Anak Masuk Universiti

  • [17 Jun 2014] RM40 juta untuk Hadiah Anak Masuk Universiti
    SHAH ALAM - Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM40 juta dalam tempoh enam tahun pelaksanaan program Hadiah Anak Masuk Universiti. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata dengan perbelanjaan tersebut sekurang-kurangnya 40,133 anak Selangor yang layak...

  • [16 Jun 2014] Hargai masa depan anak Selangor
    SHAH ALAM - Perbelanjaan puluhan juta ringgit oleh Kerajaan Negeri untuk insentif anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke universiti disifat kan sebagai pelaburan untuk
    masa hadapan.

    Pakar ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin (gambar), berkata dalam jangka masa...

  • [20 Dec 2012] Anak Selangor terima RM31.7 juta hadiah pengajian
    SHAH ALAM - Sejumlah RM31.7 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri Selangor dalam program Hadiah Pengajian IPT sejak ia diperkenalkan pada 2008 lalu.

  • [25 May 2012] Hadiah masuk universiti RM1,000 ringankan beban pelajar
    SHAH ALAM - Gembira serta terharu. Demikian reaksi Azhani Abd Ghafar, 18, apabila menerima hadiah masuk Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM1,000 daripada Kerajaan
    Negeri Selangor.

    Menurut Azhani yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM)...

  • [21 May 2012] Statistik Jumlah Pendaftaran Hadiah IPT 30.04.2012
    Berikut adalah statistik keseluruhan Program Hadiah Anak masuk Universiti Sejak perlaksanaannya pada 1hb Julai 2008 sehingga 30hb April 2012

    1. STATUS KESELURUHAN PERMOHONAN MENGIKUT TAHUN (orang)(01 Julai 2008 – 30 April 2012)

    ...

Video Cadangan 1

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Cadangan 2

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terbaru MES

submitted by Admin on Wed Jun 4 2014 at 12:18pm
Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA)
Selangorku
Views 1149
submitted by Admin on Wed Jun 4 2014 at 12:17pm
Skim Bantuan Asuhan Rakyat Selangor (SiKembar)
Selangorku
Views 1149
submitted by Admin on Wed Jun 4 2014 at 12:16pm
Pusat Dialisis Rakyat (PDR)
Selangorku
Views 1148

Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan

Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor

Selangor Kini Online

Selangorkini Oktober 2014

Arkib isu-isu Selangorkini klik sini

Hits