Aduan MES

Senarai MES

Baca e-Risalah

Arkib e-risalah klik sini

Insentif Perkahwinan Belia

Bagi meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor: Hasil Negeri Untuk Rakyat, mulai dari Januari 2013, disediakan program khusus untuk belia yang berkahwin.

Pada permulaan insentifnya RM200 sahaja kemudian akan dinaikkan menjadi RM500 pada 2014.

Muat Turun Borang Permohonan |Muat Turun Flyers



PENYALURAN INSENTIF:

1. ISLAM : Disalurkan melalui akaun Tabung Haji

2. BUKAN ISLAM : Disalurkan melalui Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.


SYARAT MEMPEROLEH INSENTIF:

1. Terbuka kepada semua kaum

2. Tiada sebarang had pendapatan.

3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Taman)

4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.

5. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.

6. Perkahwinan kali pertama sahaja.

7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.

8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013.

9. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah (bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam)


DOKUMEN DIPERLUKAN

Borang permohonan mestilah disertakan dengan:

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.

2. Sijil Nikah pemohon beragama Islam ATAU

3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan pemohon bukan Islam.

4. Salinan muka depan buku simpanan Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam.



Kemaskini terakhir: 03 Jun 2014


DI MANA MEMOHON

1. Sila hubungi Pusat Khidmat DUN berhampiran ATAU

Seksyen Sektoral
Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Tingkat 5, Bangunan SSAAS,
40503, Shah Alam
Tel : 03-5544 7920/7921

Muat Turun Borang Permohonan |Muat Turun Flyers


Share |

 

Berita Terkini - Insentif Perkahwinan Belia

  • [06 Nov 2014] Perluas pemberian insentif perkahwinan belia
    PETALING JAYA - Kerajaan Selangor bercadang memperluas pemberian Insentif Perkahwinan Belia kepada 30 peratus belia menjelang tahun hadapan.

    Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata ia dimulakan dengan melancarkan kempen besar-besaran...

  • [15 May 2014] Selangor lulus 4,425 permohonan Insentif Belia Perkahwinan
    SHAH ALAM 15 APRIL : Sebanyak 850 permohonan Fasa 1 hingga Fasa 10 yang memohon untuk mendapatkan insentif perkahwinan belia yang dinaikkan kepada RM500 seorang pada tahun ini.

    Bagi Fasa 1, sebanyak 100 permohonan yang diluluskan membabitkan peruntukkan berjumlah RM50,000 dalam proses...

  • [01 Jul 2013] Selangor gesa pengantin daftar untuk insentif
    KUALA LUMPUR: Insentif perkahwinan dinaikkan kepada RM500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.

  • [30 Jun 2013] Pengantin Selangor Digalakkan Daftar Diri Untuk Insentif, Rumah Mampu Milik
    SHAH ALAM 30 JUN : Insentif perkahwinan dinaikkan ke RM 500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.

  • [06 Feb 2013] Insentif Perkahwinan Belia Boleh Dipohon Minggu Depan
    SHAH ALAM 6 FEB: Mulai minggu depan, golongan belia yang berkahwin paada Januari tahun ini dan berusia tidak lebih 35 tahun boleh memohon mendapatkan insentif perkahwinan yang diberikan Kerajaan Negeri.

Video Cadangan 1

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Cadangan 2

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terkini

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terbaru MES

submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:46am
Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri
TvSelangor
Views 1197
submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:42am
Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
TvSelangor
Views 1197
submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:40am
Ucapan Exco Nik Nazmi di Hari Tadika Selangor 2014
TvSelangor
Views 1198

Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan

Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor

Selangor Kini Online

Selangorkini Disember 2014

Arkib isu-isu Selangorkini klik sini

Hits