Aduan MES

Senarai MES

Baca e-Risalah

Arkib e-risalah klik sini

Pusat Tuisyen Rakyat



Program Tuisyen Percuma untuk pelajar sekolah rakyat Negeri Selangor yang layak

Pendahuluan
Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membeca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.


Dasar
- Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.
- Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000.


Objektif
- Menyempurna dun merealisasian Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
- Membantu rakyat yang berpendapatan (RM2000 ke bawah) untuk pendidikan yang terbaik kepada anak mereka.
- Membuka lebih ruang kepada ADUN mendekati rakyat kawasannya.
- Membantu memantapkan jatidiri pelajar/ mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan.
- Memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.


Matapelajaran yang ditawarkan seperti berikut:
-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik
-Sejarah




Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam
Selangor
TEL: 03-5544 7480/ 7481/ 7482/ 7543
FAKS: 03-5510 4095/ 5513 5564/ 5544 7391

Laman Web: Pusat Tuisyen Rakyat



Share |

 

Berita Terkini - Program Tuisyen Rakyat

  • [30 Jan 2014] Program Tuisyen Rakyat Selangor lahir pelajar cemerlang
    SHAH ALAM 13 DIS : Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dilaksanakan kerajaan negeri di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) memberi manfaat kepada lebih 60,000 pelajar di seluruh Selangor yang mengikuti program berkenaan.

    Penolong Setiausaha, Unit Pendidikan Bahagian...

  • [13 Jul 2012] Lebih 13 Ribu Pelajar Nikmati Program PTRS
    SHAH ALAM, 12 JULAI : Seramai lebih 13 ribu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor menikmati manfaat daripada program Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sejak dilancarkan pada 2009 dengan peruntukan RM3.45 juta.

    Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal...

  • [18 May 2012] PTRS bantu anak pekerja kilang cemerlang SPM
    PETALING JAYA - Selain doa ibu bapa dan usaha sehingga mencatat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sharina Sarimin, 18, tidak melupakan peranan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang melayakannya menerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang peringkat DUN Taman Medan.
    ...

  • [18 May 2012] PTRS bantu dua beradik masuk IPTA
    Siti Aishah, 20, dan Siti Sarah, 18, mempunyai bapa yang bekerja sebagai pemandu lori. Tetapi kedua-dua anak Mohd Rasid Hashim, 48, berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selepas mengikuti Program Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) anjuran kerajaan Selangor.

    Siti Aishah...

  • [30 Apr 2012] PTRS Menolong Pelajar Miskin Berjaya Hadapi SPM
    SHAH ALAM, 30 APR : Mereka mahu cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malangnya bagi pelajar seperti Jeetha Balasubramaniam dan Nasuha A’adil Bohar, keluarga mereka tidak mampu untuk menghantar mereka ke tuisyen.

    “Dahulunya saya ingin mengambil tuisyen tetapi ibu saya...



Video Cadangan 1

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Cadangan 2

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terbaru MES

submitted by Admin on Wed Apr 9 2014 at 01:12pm
Skim Kesihatan Wanita (Mammogram)

Views 549
submitted by Admin on Wed Apr 9 2014 at 01:08pm
Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR)

Views 549
submitted by Admin on Wed Apr 9 2014 at 01:02pm
Exco: Wanita Berpeluang Tambah Pendapatan

Views 550

Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan

Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor

Selangor Kini Online

Selangorkini Jun 2014


Arkib isu-isu Selangorkini klik sini

Hits