Aduan MES

Senarai MES

Baca e-Risalah

Arkib e-risalah klik sini

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)



Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) adalah satu lagi program MES yang berkait rapat dengan pendidikan. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa serius dengan pendidikan, terutama pendidikan awal. Sebelum ini ada Program Tuisyen Rakyat, Hadiah Masuk Universiti dan kini TUNAS, Skim Bantuan Tadika Selangor.

Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Pada peringkat awal, kelayakan bantuan adalah untuk ibu bapa yang berpendapatan RM2,500 ke bawah. Peringkat berikutnya, kelayakan untuk ibu bapa yang berpendapatan RM2,500 ke atas akan dipertimbangkan.

TUNAS mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Sama ada:

a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah RM2,500 ke bawah

4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.

5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja




Kemaskini terakhir: 03 Jun 2014

Skim istimewa ini ditadbir oleh:

RANTAIAN MESRA SDN. BHD.
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Tel: 03-55103468 / 03-55103472
Faks: 03-5510 3455

Laman web untuk Skim TUNAS: http://www.e-tunas.org


Share |

 


Video Cadangan 1

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Cadangan 2

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terbaru MES

submitted by Admin on Wed Jun 4 2014 at 12:18pm
Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA)
Selangorku
Views 439
submitted by Admin on Wed Jun 4 2014 at 12:17pm
Skim Bantuan Asuhan Rakyat Selangor (SiKembar)
Selangorku
Views 451
submitted by Admin on Wed Jun 4 2014 at 12:16pm
Pusat Dialisis Rakyat (PDR)
Selangorku
Views 438

Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan

Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor

Selangor Kini Online

Selangorkini Ogos 2014

Arkib isu-isu Selangorkini klik sini

Hits