Aduan MES

Senarai MES

Baca e-Risalah

Arkib e-risalah klik sini

Skim Mikrokredit Selangor



Dana peruntukan RM 50 juta untuk Program Mikrokredit khusus untuk rakyat miskin luar bandar

Bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Negeri Selangor, disediakan Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel). Skim yang ditubuhkan pada bulan 8 Julai 2010 bermatlamat membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

Skim ini dikendlikan oleh Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Skim ini berbentuk pinjaman kewangan maksimum RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Skimsel tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.


Syarat-syarat Kelayakan:

1. Golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah khasnya di luar bandar.

2. Berpendapatan di bawah RM 1,500.00 sebulan atau pendapatan perkapita di bawah RM 350.00.

3. Memiliki aset tidak melebihi RM 50,000.00.

4. Taraf Pemastautin melebihi 2 tahun.

5. Warganegara Malaysia.

Syarat-syarat Pembiayaan

1. Tanpa cagaran dan penjamin.

2. Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli (tiada tali persaudaraan yang rapat) dan menjalani latihan wajib 3 hari.

3. Bersetuju menubuhkan pusat.

4. Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.

5. Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.

6. Bersetuju menyumbangkan Deposit Sekuriti 3 Minggu bayar balik ke dalam Tabung Kumpulan.

7. Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.

8. Bayar balik secara mingguan.

9. Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH).

10. Caj pembiayaan 8% setahun.


Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5519 1692/ 03-5521 2312
Fax : 03-5510 5829




Kemaskini terakhir: 03 Jun 2014


Muat turun Brosur Skim Mikrokredit Selangor: Klik di sini


Share |

 

Berita Terkini - Skim Mikrokredit Selangor

  • [25 Nov 2013] Had kelayakan SKIMSEL dinaikkan RM2,000 sebulan
    SHAH ALAM - Pengurusan Skimsel merancang menaikan had kelayakan peserta daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM2,000sebulan.

    Pengerusi Skimsel, Dr Rani Osman, berkata hasrat itu diambil kira daripada faktor ekonomi yang saban hari semakin menekan kehidupan rakyat...

  • [04 Nov 2012] SKIMSEL berkembang di setiap daerah
    KUALA SELANGOR - Seramai 6,531 peserta atau sadiq dari seluruh Selangor telah menikmati pembiayaan Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) berjumlah lebih RM35.8 juta sehingga September lalu.

  • [24 Apr 2011] TAKLIMAT SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR 24 April 2011
    24 April 2011(Ahad), bertempat di Masjid Kampung Abu Bakar Baginda. Taklimat SKIMSEL telah diadakan kepada penduduk setempat.

    Taklimat ini bermula pada pukul 10.00 pagi. Kakitangan cawangan Sepang telah diwakili oleh Encik Razali Bin Abd Razak dan Encik Arif Fadzilah Bin Mohd Hasnan....

  • [28 Sep 2010] Skim mikro kredit tawar 61 peminjam pertama
    SHAH ALAM , 2 Ogos – Penantian orang ramai kepada pinjaman mudah yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada golongan miskin hari ini berakhir apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melancarkan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) di Masjid Makrufiah, Parit Baru, Sabak Bernam.
    ...

  • [06 May 2010] PENDAPATAN KURANG RM1,500 LAYAK
    Rakyat Selangor berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan layak mendapat pinjaman tanpa faedah untuk memulakan atau meningkatkan pernigaan daripada Yayasan Microcredit Selangor. Perlaksanaan ini merupakan salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor bagi membantu golongan yang kurang...

Video Cadangan 1

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Cadangan 2

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terkini

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terbaru MES

submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:46am
Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri
TvSelangor
Views 1204
submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:42am
Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
TvSelangor
Views 1204
submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:40am
Ucapan Exco Nik Nazmi di Hari Tadika Selangor 2014
TvSelangor
Views 1203

Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan

Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor

Selangor Kini Online

Selangorkini Disember 2014

Arkib isu-isu Selangorkini klik sini

Hits