Aduan MES

Hits

Tabung Warisan Anak Selangor

img3



TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang TAWAS di tawas.org.my



Laman web rasmi Tawas: tawas.org.my
Semakan pendaftaran Tawas: Klik di sini


Share |

 

Berita Terkini - Tawas

  • [16 May 2016] Bapa terharu terima sumbangan khairat kematian anak RM1,500
    SHAH ALAM, 21 APR: Bapa kepada tiga orang anak melahirkan rasa gembira atas keprihatinan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menghulurkan bantuan khairat kematian kepada keluarganya.

    Taslim Mohd Kassim, 29 dan isterinya, Noraishah Mohd Shukri, 29 baru sahaja kehilangan...

  • [06 May 2016] 54 keluarga mangsa banjir terima bantuan
    KLANG - Sebanyak 54 keluarga mangsa banjir DUN Meru menerima sumbangan RM200 bagi setiap anak berdaftar
    di bawah program kebajikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

    Eksekutif Kanan Perhubungan Awam YAWAS, Atiqah Akma, berkata bantuan berkenaan adalah inisiatif...

  • [06 May 2016] YAWAS terus konsisten bantu masyarakat
    KLANG - Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mendapat kelulusan pengecualian cukai daripada Kementerian Kewangan Malaysia sehingga tahun berakhir 2016.

    Pengurus Besarnya, Mohd Nor Mohd Zin, berkata proses terbabit membolehkan YAWAS melaksanakan program bantuan jangka...

  • [21 Apr 2016] TAWAS: Tukar SST AmBank kepada Penyata Simpanan untuk manfaat khairat kematian
    SHAH ALAM, 21 APR: Pengurusan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menukar Simpanan Tetap-AmBank (SST AmBank) peserta Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bernilai RM100 kepada Penyata Simpanan bernilai RM1,500.

    Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Pengurusan...

  • [08 Apr 2016] TAWAS: Lebih 200,000 kanak-kanak terima manfaat
    SHAH ALAM, 8 APR: Seramai 224,794 kanak-kanak seluruh Selangor sudah menikmati manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) setakat 8 April (hari ini).

    Mengikut statistik dikeluarkan TAWAS, hanya 22,348 pemohon gagal dari jumlah keseluruhan 257,538 permohonan...


Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan Penting







Semak Pendaftaran




Selangor Kini Online

Selangorkini 2015

Arkib isu-isu Selangorkini klik sini