Aduan MES

Senarai MES

Baca e-Risalah

Arkib e-risalah klik sini

Berita Terkini

  • [13 Apr 2015] Periksa payudara percuma
    Seramai 11,000 wanita bakal menerima perkhidmatan pemeriksaan kanser payudara melalui program ‘Mobile Unit Reaching Nationwide with Information’ (Murni).

    Exco Kesihatan, Dr...

  • [12 Apr 2015] Panel Dialisis Sihat ditambah
    Panel Dialisis Sihat Selangor diwujud untuk menambah baik program Pusat Dialisis Rakyat sedia ada.

    Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi (PKR-Sementa) berkata, ada 115 pusat dialisis di...

  • [27 Mar 2015] Hijrah: Modal bantuan RM50,000 kepada peniaga
    SHAH ALAM - Modal bantuan bagi program Hijrah akan dinaikkan sehingga RM50,000 jika penerima berupaya membayar balik pinjaman secara konsisten.

    Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin...

  • [17 Mar 2015] 2,774 permohonan layak terima TAWAS
    SERI SERDANG - Sebanyak 2,774 permohonan di DUN Seri Serdang layak menerima manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008.

    Adun Seri...

BERITA TERKINI : MB : Program jangka panjang untuk ringankan beban rakyat
Posted by Admin on 07 Aug 2013 (468 reads)

SHAH ALAM 7 OGOS : Menyedari hakikat rakyat masih memerlukan bantuan bagi meringankan beban akibat kos sara hidup tinggi, kerajaan Selangor bertekad untuk menawarkan program yang memberi manfaat jangka panjang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia bagi menangani kesempitan hidup yang dialami penduduk di negeri ini ekoran kegagalan kerajaan Pusat menangani kenaikan harga barang saban hari.

Katanya, pelaksanaan program itu adalah kesinambungan terhadap agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang akan diperluaskan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.


khidmatdun.jpg

statistik.jpg


“Kerajaan negeri sedar betapa penduduk Islam dan bukan Islam yang berjumlah 5.3 juta di Selangor memerlukan bantuan bagi meringankan beban hidup akibat kenaikan harga barangan yang tidak dapat ditangani Kerajaan Pusat,” katanya.

Sempena perutusan Hari Raya Aidilfitri, Khalid berkata, berkata, antara usaha awal yang akan dilaksanakan ialah memperkasa pembangunan kampung tradisi dan kampung baru di seluruh negeri.

Walaupun lebih 55 tahun merdeka dan beberapa kementerian diwujud untuk pembangunan luar bandar, katanya, pembangunan di sembilan daerah di negeri ini jauh dari memuaskan.

“Penyediaan keperluan asas untuk kegunaan awam, pendidikan agama dan sumber pendapatan penduduk belum mencukupi hinggakan pembangunan di kampung tradisi dan kampung baru belum layak wujud di negeri yang diisytihar ‘negeri maju’ hampir 10 tahun lalu,” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga bercadang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, selain menambah baik aspek keselamatan, bantuan pendidikan, pembinaan keluarga dan sebagainya.

-FZL

Video Cadangan 1

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Cadangan 2

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terkini

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terbaru MES

submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:46am
Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri
TvSelangor
Views 2130
submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:42am
Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
TvSelangor
Views 2057
submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:40am
Ucapan Exco Nik Nazmi di Hari Tadika Selangor 2014
TvSelangor
Views 2080

Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan

Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor

Selangor Kini Online

Selangorkini Julai 2015

Arkib isu-isu Selangorkini klik sini

Hits