Aduan MES

Senarai MES

Baca e-Risalah

Arkib e-risalah klik sini

Berita Terkini

  • [13 Apr 2015] Periksa payudara percuma
    Seramai 11,000 wanita bakal menerima perkhidmatan pemeriksaan kanser payudara melalui program ‘Mobile Unit Reaching Nationwide with Information’ (Murni).

    Exco Kesihatan, Dr...

  • [12 Apr 2015] Panel Dialisis Sihat ditambah
    Panel Dialisis Sihat Selangor diwujud untuk menambah baik program Pusat Dialisis Rakyat sedia ada.

    Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi (PKR-Sementa) berkata, ada 115 pusat dialisis di...

  • [27 Mar 2015] Hijrah: Modal bantuan RM50,000 kepada peniaga
    SHAH ALAM - Modal bantuan bagi program Hijrah akan dinaikkan sehingga RM50,000 jika penerima berupaya membayar balik pinjaman secara konsisten.

    Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin...

  • [17 Mar 2015] 2,774 permohonan layak terima TAWAS
    SERI SERDANG - Sebanyak 2,774 permohonan di DUN Seri Serdang layak menerima manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008.

    Adun Seri...

- Skim Mesra Usia Emas : Program ‘Jom Shopping’ akan Dilancar
Posted by Admin on 14 Jul 2011 (772 reads)

SHAH ALAM 14 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melancarkan satu lagi program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus kepada warga emas yang dikenali sebagai ‘Jom Shopping’.

Majlis pelancaran akan diadakan di pasar raya besar Tesco, Kuala Selangor jam 3 petang esok, 15 Julai 2011 (Jumaat).

Seramai 60 warga emas dari DUN Ijok diberi penghormatan untuk menyertai program ini pada hari perasmian. DUN Ijok dipilih kerana berjaya mendaftarkan perserta program tertinggi.

Program Jom Shopping ini adalah lanjutan dari Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan Jun 2008, selepas genap 100 hari Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri.

khidmatdun.jpg

statistik.jpg


SMUE diwujudkan untuk memberi manfaat kepada warga Selangor berumur 60 tahun ke atas dalam bentuk Khairat Kematian berjumlah RM2,500 bagi setiap jenazah.

Bagi memberi peluang kepada warga emas yang masih hidup untuk menikmati hasil negeri, kerajaan negeri menyediakan dua kemudahan iaitu Skim Takaful dan yang terbaru Skim Baucer untuk beli belah atau Jom Shopping.

Warga emas yang mendaftar dengan SMUE akan menerima baucer bernilai RM100 untuk mereka membeli barangan keperluan di pasar raya terpilih yang memberi peluang mereka bersantai bersama ahli keluarga serta wakil rakyat.

Baucer ini diagihkan kepada semua Pusat Khidmat Masyarakat DUN di seluruh negeri dan wakil rakyat akan menetapkan tarikh untuk membawa warga emas ini membeli belah.

Kerajaan Negeri berharap cara ini dapat memupuk sikap toleransi dan saling mengenali antara wakil rakyat Pakatan Rakyat, warga emas serta ahli keluarga mereka.

Untuk program Jom Shopping ini, Kerajaan Selangor memperuntukkan antara RM5 hingga RM10 juta berdasarkan keperluan semasa.

Kerajaan Selangor juga akan memperkenalkan beberapa lagi program kebajikan dalam bentuk dana untuk menggalakkan rakyat berdikari dan membina asas ekonomi yang kukuh untuk jangka masa panjang.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM700 juta daripada anggaran Bajet 2012 berjumlah RM1.5 billion untuk program kebajikan. Jumlah ini tidak termasuk RM100 juta yang akan diperuntukkan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Sebanyak RM30 juta daripada peruntukan MBI ini akan digunakan untuk aktiviti meningkatkan pendapatan keluarga dan keusahawanan seluruh Selangor manakala RM50 juta disalurkan kepada Mikro kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) dan RM20 juta Mikro Kredit Bandar (MIMBAR).

Sumber: Selangorkini online

Selangor Kini Online

Selangorkini Ogos2015

Arkib isu-isu Selangorkini klik sini

Video Cadangan 1

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Cadangan 2

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terkini

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terbaru MES

submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:46am
Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri
TvSelangor
Views 2224
submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:42am
Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
TvSelangor
Views 2133
submitted by Admin on Thu Nov 13 2014 at 10:40am
Ucapan Exco Nik Nazmi di Hari Tadika Selangor 2014
TvSelangor
Views 2162

Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan

Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor

Hits