Aduan MES

Senarai MES

Baca e-Risalah

Arkib e-risalah klik sini

Berita Terkini

- Skim Mikrokredit Bandar : Skim Pinjaman Kerajaan Negeri - Rakyat perlu ambil manfaat
Posted by Admin on 24 Aug 2011 (2551 reads)

SHAH ALAM - Rakyat diingatkan supaya memanfaatkan peluang untuk meningkatkan pendapatan ekonomi masing-masing melalui skim-skim pinjaman dan perniagaan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehingga kini jelas Menteri Besar, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM70 juta bagi memberikan kemudahan pinjaman melalui Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) dan Skim Mikro Kredit Bandar (MiMBAR).

"Mereka yang berniat ceburi bidang keusahawanan bermula daripada kecil-kecilan, boleh berbincang dengan kakitangan di pejabat daerah atau pejabat Dun masing-masing untuk dapatkan maklumat," katanya.

khidmatdun.jpg

statistik.jpg


Beliau berkata demikian pada majlis Ihya Ramadan 1432H Meraikan Anak-anak Yatim, Ibu tunggal dan Fakir Miskin di Bukit Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Tambahnya, barisan kepimpinan kerajaan negeri akan berusaha lebih tekun bagi membawa kejayaan kepada negeri ini ditambah dengan semangat 'Selangorku' agar segala hasil yang diperolehi dapat dikongsi bersama.

Selangorku merupakan program terbaru yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dengan konsep rakyat Selangor turut serta dalam pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Dalam majlis ini, Menteri Besar menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Antara yang menerima sumbangan ialah Rumah Amal Kasih, Puchong, Rumah Amal al-Firdaus, Denai Alam, Pusat Jagaan asuhan Raudhatul Ikhwan, Seksyen 13, Rumah Aman Shah Alam, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Batang Kali, Ulu Selangor dan Dun Batu Tiga.

Majlis berbuka ini juga turut mendapat penyertaan lapan peniaga yang berdaftar di bawah skim MiMBAR untuk memperkenalkan produk makanan yang mereka hasilkan, termasuk kiosk burger MiMBAR yang dilancarkan baru-baru ini.

Selain daripada kiosk burger, kiosk produk makanan lain antaranya mi jawa, martabak, ayam golek, sate, dan air batu campur. Kesemua peniaga ini didatangkan 'khas mewakili beberapa DUN sebagai promqsi kejayaan skim MiMBAR yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008.

Sumber: Selangorkini 12-19 Ogos 2011



Video Cadangan 1

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Cadangan 2

Untuk video yang lain sila ke Galeri Video

Video Terbaru MES

submitted by Admin on Wed Apr 9 2014 at 01:12pm
Skim Kesihatan Wanita (Mammogram)

Views 469
submitted by Admin on Wed Apr 9 2014 at 01:08pm
Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR)

Views 469
submitted by Admin on Wed Apr 9 2014 at 01:02pm
Exco: Wanita Berpeluang Tambah Pendapatan

Views 469

Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan

Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor

Selangor Kini Online

Selangorkini April 2014


Arkib isu-isu Selangorkini klik sini

Hits