Aduan MES

Hits

Berita Terkini

Tajuk Berita


---------------Memaparkan berita sekitar aktiviti Tabung Warisan Anak Selangor------------------
- Tabung Warisan Anak Selangor : Bapa terharu terima sumbangan khairat kematian anak RM1,500
Posted by Admin on 16 May 2016 (99 reads)

SHAH ALAM, 21 APR: Bapa kepada tiga orang anak melahirkan rasa gembira atas keprihatinan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menghulurkan bantuan khairat kematian kepada keluarganya.

Taslim Mohd Kassim, 29 dan isterinya, Noraishah Mohd Shukri, 29 baru sahaja kehilangan anak bongsu mereka berusia lima bulan ekoran penyakit jantung dan hati menerima sumbangan RM1,500.

Taslim, peniaga daging, berkata sumbangan terbabit dihulurkan tepat pada masa kerana ia sedikit sebanyak membantu keluarganya dalam kehidupan seharian.

Read More... | 1463 bytes more
- Tabung Warisan Anak Selangor : 54 keluarga mangsa banjir terima bantuan
Posted by Admin on 06 May 2016 (42 reads)

KLANG - Sebanyak 54 keluarga mangsa banjir DUN Meru menerima sumbangan RM200 bagi setiap anak berdaftar
di bawah program kebajikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Eksekutif Kanan Perhubungan Awam YAWAS, Atiqah Akma, berkata bantuan berkenaan adalah inisiatif berterusan TAWAS dalam memastikan aspek kebajikan ahlinya tidak dipinggirkan.

“Sumbangan yang kita dapat daripada pelbagai syarikat korporat dan individu tertentu, kita agihkan kepada ahli TAWAS kurang bernasib baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Sumbangan TAWAS.


Read More... | 1433 bytes more
- Tabung Warisan Anak Selangor : YAWAS terus konsisten bantu masyarakat
Posted by Admin on 06 May 2016 (66 reads)

KLANG - Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mendapat kelulusan pengecualian cukai daripada Kementerian Kewangan Malaysia sehingga tahun berakhir 2016.

Pengurus Besarnya, Mohd Nor Mohd Zin, berkata proses terbabit membolehkan YAWAS melaksanakan program bantuan jangka panjang sekali gus mampu memberi manfaat kepada masyarakat memerlukan.

“Alhamdulillah YAWAS mendapat kelulusan pengecualian cukai di bawah subsekyen 44(6) ACP 1967 daripada pihak kementerian.

“Kelulusan ini membolehkan pihak YAWAS mewujudkan tabung dikenali sebagai Tabung Generasi YAWAS (TERAS) apabila penyumbang layak menerima rebat cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.


Read More... | 1656 bytes more
- Tabung Warisan Anak Selangor : TAWAS: Tukar SST AmBank kepada Penyata Simpanan untuk manfaat khairat kematian
Posted by Admin on 21 Apr 2016 (97 reads)

SHAH ALAM, 21 APR: Pengurusan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menukar Simpanan Tetap-AmBank (SST AmBank) peserta Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bernilai RM100 kepada Penyata Simpanan bernilai RM1,500.

Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Pengurusan Acara, Atikah Akma Ramly, berkata penutupan akaun terbabit bagi membolehkan ibu bapa peserta menerima manfaat tambahan, khairat kematian.

“Kita menyarankan ibu bapa prihatin dengan hebahan kami ini. TAWAS ketika ini giat memberi hebahan kepada ibu bapa yang belum menukar sijil simpanan kepada penyata simpanan ini.


Read More... | 1500 bytes more
- Tabung Warisan Anak Selangor : TAWAS: Lebih 200,000 kanak-kanak terima manfaat
Posted by Admin on 08 Apr 2016 (49 reads)

SHAH ALAM, 8 APR: Seramai 224,794 kanak-kanak seluruh Selangor sudah menikmati manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) setakat 8 April (hari ini).

Mengikut statistik dikeluarkan TAWAS, hanya 22,348 pemohon gagal dari jumlah keseluruhan 257,538 permohonan diterima.

TAWAS (1) Jumlah itu terus meningkat berbanding 204,500 peserta Disember tahun lalu.

Daripada jumlah permohonan itu, sebanyak 3,004 terdiri daripada permohonan yang tidak lengkap dan 37 permohonan belum disemak.


Read More... | 2054 bytes more

Info Penting

dun
link-statistik2

Pautan Penting







Semak Pendaftaran




Selangor Kini Online

Selangorkini 2015

Arkib isu-isu Selangorkini klik sini