AKTIVITI YB: 28 waris DUN Dengkil terima Skim Mesra Usia Emas

Date 13 Mar 2014 | Topic: - Skim Mesra Usia Emas

DENGKIL, 30 JAN : Seramai 28 orang waris penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menerima bayaran fasa kedua selepas pembayaran fasa pertama diterima, pada tahun lalu.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Daroyah Alwi, berkata kerajaan Selangor sentiasa komited untuk memastikan hasil negeri dapat dinikmati rakyat melalui pelbagai program termasuk SMUE.
Katanya, inisiatif yang disediakan kerajaan negeri itu juga bertujuan untuk membantu rakyat mengecapi taraf hidup yang lebih baik dan terjamin di Selangor.




“Seperti program SMUE ini, kita berharap wang yang diterima digunakan sebaik mungkin oleh waris terutama dalam mengurangkan beban yang ditanggung selepas kehilangan insan tersayang yang mungkin orang bertanggungjawab mencari rezeki dalam keluarga.

“Pemberian ini juga adalah bukti jelas bahawa kerajaan negeri tidak pernah memungkiri janji untuk menjaga kebajikan rakyat seperti dijanjikan,” katanya.

Bergelar ADUN angkat kepada DUN Dengkil, Daroyah menyampaikan baki bayaran SMUE kepada semua waris penerima dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Penghulu Dengkil, di sini, hari ini.

Untuk bayaran fasa pertama, setiap mereka menerima bayaran RM1,000 sementara bagi bayaran fasa kedua, mereka menerima pula RM1,500 menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM2,500 bagi setiap waris penerima.

Hadir sama dalam majlis itu adalag Ketua Pegawai Operasi SMUE Sdn Bhd, Khamsani Nasir serta wakil ketua kampung dan masyarakat di sekitar Dengkil.

Sumber: Selangorkini.com




This article comes from MES:: Merakyatkan Ekonomi Selangor
http://mes.selangor.gov.my

The URL for this story is:
http://mes.selangor.gov.my/modules/news/article.php?storyid=238