10

Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.

DASAR

– Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.
– Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000.

OBJEKTIF

– Menyempurna dun merealisasian Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
– Membantu rakyat yang berpendapatan (RM2000 ke bawah) untuk pendidikan yang terbaik kepada anak mereka.
– Membuka lebih ruang kepada ADUN mendekati rakyat kawasannya.
– Membantu memantapkan jatidiri pelajar/ mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan.
– Memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.

MATAPELAJARAN

Matapelajaran yang ditawarkan seperti berikut:
-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik
-Sejarah

Terkini: Pusat Tuisyen Rakyat Selangor

KLANG – Ibu bapa di Selangor perlu memainkan peranan yang lebih meluas untuk merangsang anak menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi
SHAH ALAM 13 DIS : Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dilaksanakan kerajaan negeri di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) memberi manfaat kepada lebih 60,000
SHAH ALAM – Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dimulakan Kerajaan Negeri sejak 2009 akan diteruskan den – gan beberapa penambahbaikan demi mening-katkan tahap pencapaian diraih