12

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR) dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah yang dihantar ke TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

SI KEMBAR mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Sama ada:

a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah menepati:

a) RM2,500 ke bawah yang menanggung 1 orang anak ATAU

b) RM3,000 ke bawah yang menanggung 2 orang anak

4. Suami dan isteri bekerja.

5. Menghantar anak ke TASKA / Nurseri.

6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah.

Laman web: http://e-sikembar.org

Muat turun Borang Pendaftaran Sikembar : Klik di sini

Statistik Sikembar : Klik di sini

Terkini: Skim Bantuan Asuhan Rakyat

taska
SHAH ALAM, 2 JAN: Kadar yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang dinaikkan mulai Januari ini diharap berpatutan dan tidak membeban kalangan ibu bapa juga penjaga
untitled-4
1. Statistik Anak Berjaya Menerima Sumbangan SiKEMBAR mengikut Tahun Nota: Data untuk 2016 ialah sehingga 31 Oktober 2016 2. Statistik Pembayaran Sumbangan SiKEMBAR mengikut Tahun Nota:
1. Statistik Anak Berjaya Menerima Sumbangan SiKEMBAR mengikut Tahun Nota: Data untuk 2016 ialah sehingga 30 Jun 2016 2. Statistik Pembayaran Sumbangan SiKEMBAR mengikut Tahun