9

HIJRAH SELANGOR adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semenjak tahun 2010.

Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Ianya merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utamanya, untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri Selangor.

Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) atau kini dikenali sebagai Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor. Manakala pihak kerajaan Negeri Selangor, bertindak sebagai penganjur program, memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Juta)

KELAYAKAN MENYERTAI HIJRAH SELANGOR
Penjaja dan Peniaga kecil yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut berhak menyertai HIJRAH SELANGOR:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Memiliki premis perniagaan yang khusus
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  • Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu masa
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu isirumah
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
  • Terlibat secara langsung di dalam perniagaan

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Yayasan Hijrah Selangor
Tingkat 2,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5521 2458 / 03-5519 1692

Faks: 03-5521 2458

http://www.hijrahselangor.com/
https://www.facebook.com/hijrahselangor

Terkini: Skim Hijrah

hijrah-selangor-1170x550
SHAH ALAM, 3 JAN: Skim pembiayaan mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) mempunyai 31,035 peminjam berdaftar dengan pembiayaan berjumlah RM163,092,000 sehingga 31 Disember 2016. Berdasarkan statistik sejak
hijrah-selangor-1170x550
BANTING, 31 DIS: Peluang tapak perniagaan pusat membeli belah Giant, Banting membuka ruang besar peminjam mikrokedit Hijrah Selangor menambah pendapatan. Jumaah Robani, 35, peniaga makanan
hijrah-selangor-1170x550
SHAH ALAM, 14 DIS: Universiti Selangor (UNISEL) berhasrat menawarkan perkhidmatan dan kemahiran pelajar seni visualnya kepada HIJRAH Selangor. Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan