8

Menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas yang layak.

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatasn Wanita Selangor. Tujuan utama adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas. Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) telah dilancarkan oleh Y.B. Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.

Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan.

Untuk makluman lanjut sila hubungi: Pusat Khidmat DUN berdekatan anda

Terkini: Skim Kesihatan Wanita Selangor

skw2
SHAH ALAM, 19 DIS: Seramai 26 wanita dari DUN Bukit Antarabangsa menerima perkhidmatan Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) secara percuma di Hospital Columbia Asia, Setapak,
img_4441
PETALING JAYA – Sekurangkurangnya 27 wanita dari Taman Sri Manja dan Medan Pejasa, di sini, menjalani pemeriksaan kesihatan Mammogram percuma anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN
OLEH NAZLI BRAHIM SHAH ALAM, 9 NOV: Seramai 4,552 wanita menerima manfaat daripada Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) dengan peruntukan RM575,643.80 sejak 2015 hingga 30