2

Manfaat khairat kematian bernilai RM 2,500 untuk warga emas / OKU yang layak.

SKIM MESRA USIA EMAS, adalah salah satu dari 7 agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008. *Nota: Mulai Januari 2017, ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)’ telah dijenamakan semula menjadi: ‘IPR: Inisiatif Peduli Rakyat’.

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.

Syarat Kelayakan Memohon:

1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN

1.1 Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

1.2 Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU

1.3 Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

Laman web: e-mesra.org.my

Muat turun Borang Skim Mesra Usia Emas : Klik di sini 

Statistik Terkini SMUE : Klik di sini

Terkini: Skim Mesra Usia Emas

PEMBAYARAN MENGIKUT PEJABAT DAERAH SEHINGGA 31/01/17 2. PEMBAYARAN MENGIKUT TAHUN 3. PEMBAYARAN FASA 1 DAN FASA 2 MENGIKUT TAHUN 4. PENDAFTARAN SMUE MENGIKUT BANGSA SEHINGGA
Pembayaran SMUE sehingga 31/10/2016 2.  Pembayaran SMUE 2015 Vs  2016 3.  Pembayaran SMUE mengikut tahun 4.  Pendaftaran mengikut bangsa
SHAH ALAM, 17 NOV : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diteruskan lagi menerusi penyampaian program bantuan tersebut kepada individu berkelayakan di kawasan pinggir bandar. Terbaru,