3

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

Syarat 1 Syarat 2 Syarat 3
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun
  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin
Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) dan permastautin tetap di negeri Selangor
  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan Sahaja

Untuk keterangan lanjut sila layari http://tawas.org.my

Muat Turun Borang Pendaftaran Tawas : Klik di sini

Statistik Terkini Program Tawas : Klik di sini

 

Terkini: Tabung Warisan Anak Selangor

tawas-1
SHAH ALAM, 21 JAN: Angka penyertaan anak kelahiran Selangor dalam skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) terus meningkat kepada 258,530 sejak dilancarkan pada Jun 2008.
back-to-school-tawas1
SUBANG JAYA, 7 DIS: Dengan kos sara hidup semakin meningkat naik, nilai baucar RM50 bagi program Back To School di mata golongan memerlukan amat bermakna.